Selasa, 04 Februari 2014

VIDEO Marsha Berkemban Tampil Ghairah Di Ranjang Dalam Filem Laga

Bagaikan satu fenomena biasa dewasa ini apabila daya tarikan untuk memaksa penonton ke panggung acapkali disogokkan dengan menampilkan wanita seksi dan mengghairahkan.

Terbaru melalui sebuah trailer awal yang dihidangkan oleh Syarikat Penerbit iaitu Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd melalui trailer Laga, menampilkan Marsha Milan Londoh dalam keadaan yang mengghairahkan, berkemban.

Filem yang menjalani pengambaran sekitar Taiping, Perak ini menampilkan Marsha sebagai pelakon utama dan turut disertai oleh Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan beberapa nama besar yang lain.

Apakah impak awal dengan menjadikan watak Marsha sebagai simbol seks mampu memberi keuntungan yang maksima buat filem kedua tinjauan arahan pengarahnya iaitu Ismail Yaa’cob? Hal ini pasti menjadi satu cabaran yang hebat buat pengarah ini apatah lagi tiada nama-nama komersial di dalam filem arahannya kali ini.

“Saya tahu penerimaan penonton terhadap filem tempatan kini semakin merosot dan situasi ini tidak boleh kita nafikan. Tapi bagi saya dan juga penerbit, kami sukakan cabaran seperti ini dan kami mempunyai keyakinan dan juga kepakaran untuk memastikan filem Laga ini akan diterima ramai,” ujar pengarahnya. - Buah Mulut


Read More..

Senin, 03 Februari 2014

Pelatih PLKN Dipercayai Maut Dipukul



Muadzam Shah – Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi, dekat sini, tengah malam kelmarin, dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata laporan bedah siasat Hospital Muadzam Shah menunjukkan ada kesan lebam di belakang telinga mangsa dipercayai akibat pukulan objek tumpul.

Teruskan siasatan

“Mangsa meninggal dunia kemungkinan akibat dipukul berdasarkan kesan lebam di belakang telinga tetapi kita akan teruskan siasatan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Johari berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebaik ditemui, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Muadzam Shah, namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, berkata sebelum itu, mangsa dalam keadaan sihat serta baru selesai menjalani latihan bersama pelatih lain.

“Satu pasukan khas ditubuhkan pada peringkat jabatan bagi menyiasat perkara itu sebaik memperoleh laporan bedah siasat mengenai punca kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bapa mangsa, Norhamidi Bakar, 46, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Muadzam Shah, berkata kali terakhir beliau bertemu Muhammad Suhaimi adalah ketika menghantarnya ke kem untuk pendaftaran, bulan lalu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang pendiam namun disenangi rakan.

“Sebelum pergi, arwah bersemangat menyertai PLKN dalam usaha mengejar cita-citanya menjadi anggota polis. Saya reda dengan kejadian yang menimpanya,” katanya. – BERITA HARIAN
Read More..

Minggu, 02 Februari 2014

Sukan Unik Lumba Gunakan Kerusi Pejabat

1 Feb 2013

Sukan unik ini menggunakan kerusi pejabat untuk alat pertandingannya. Tentu saja balapan unik ini membuat banyak pengunjung yang senantiasa menantikan acara ini. Pertandingan  yang dilakukan di salah kota pelancungan di Jerman, Bad Koenigini merupakan perlumbaan yang unik, mereka beradu kecepatan dengan menggunakan kerusi pejabat yang beroda.
Balapan Unik

Perlumbaan  yang cukup unik ini mengharuskan pesertanya berlumba hingga ke garis penamat dengan menggunakan kerusi pejabat. Seperti dilansir BBC, pertandingan unik yang diadakan tahunan ini merupakan  pertandingan sukan yang ketiga. Para penonton sangat teruja menyaksikan pertandingan kerusi 

Mereka bersorak setiap kali melihat para peserta yang penuh perjuangan melaju dengan kerusinya menuruni bukit, di jalanan yang landai dan bahkan tidak jarang mereka harus berlompatan dengan kerusi mereka. Para peserta ini datang   dari Luxembourg, Cologne atau Stuttgart untuk mengambil bahagian dalam pertandingan.
catatan idahsalam
Read More..

Sabtu, 01 Februari 2014

AL FATIHAH Dua Komando Polis Terkorban Terkena Peluru Mortar Pemberontak

SEGERA: Dua Komando Polis Terkorban Terkena Peluru Mortar Pemberontak


Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke
dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
“Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut,” katanya yang terpaksa keluar dari kawasan
Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.
Read More..

Jumat, 31 Januari 2014

Manfaat brokoli



Brokoli merupakan sayuran hijau sebangsa kubis-kubisan yang enak dikonsumsi. Sayuran ini diyakini banyak mengandung serat dan vitamin C. Selain itu ternyata memiliki segudang manfaat seperti:

1. Melawan kanker
Brokoli mengandung dua senyawa fitokemikal yang disebut indoles dan isothiocyanate. fitokemikal berfungsi meningkatkan aktivitas enzim yang berperan untuk menghancurkan agen karsinogenik. Brokoli mempunyai agen anti-kanker seperti glucoraphanin, beta-karoten, diindolylmethane, selenium dan nutrisi lain seperti vitamin A, vitamin C, vitamin E, kalium, seng dan asam amino tertentu dalam mencegah pertumbuhan sel kanker di payudara, rahim, kelenjar prostat, usus, ginjal, hati dan paru-paru.

2. Detoksifikasi
Brokoli turut berperan dalam membebaskan tubuh dari radikal bebas dan racun seperti asam urat. Hal ini pada gilirannya, melindungi tubuh dari toksin-seperti bisul, gatal, rematik, batu ginjal, ruam, asam urat dan eksim.

3. Mengatasi sembelit
Brokoli cukup efektif mengatasi kesulitan buang air besar karena kaya akan serat. Selain mengikat racun di usus, serat juga membantu penyerapan nutrisi dari makanan.

4. Meningkatkan kesehatan kulit
Brokoli adalah gudang vitamin. Vitamin C, beta-karoten dan vitamin B kompleks hadir di Brokoli, yang sangat diperlukan untuk membuat kulit lebih bercahaya. Bahkan vitamin E yang teradapat pada brokoli turut mempercepat perkembangan regenerasi jaringan kulit yang telah mati.

5. Sehatkan jantung
Kandungan serat dalam brokoli ditambah adanya asam lemak Omega-3, beta-karoten serta vitamin lainnya mempunyai andil dalam menurunkan kadar kolesterol jahat disamping juga mengatur tekanan darah. Hal ini tentunya sangat baik untuk memaksimalkan kerja fungsi jantung.

6. Perawatan mata
Zeaxanthin adalah bahan utama dalam brokoli yang bermanfaat bagi kesehatan mata. Nutrisi ini membantu dalam perbaikan kerusakan yang disebabkan karena radiasi UV serta mencegah gangguan kondisi mata seperti degenerasi makula dan katarak.

7. Meningkatkan imunitas
Brokoli mendorong peningkatkan imunitas atau kekebalan tubuh dengan kehadiran vitamin c, beta-karoten, selenium, seng, fosfor dan tembaga.

8. Kesehatan tulang
Anak-anak, orang tua dan ibu hamil atau menyusui disarankan mengonsumsi cukup kalsium. Kekurangan kalsium yang dapat menyebabkan melemahnya tulang, gigi dan osteoporosis. Brokoli berkontribusi terhadap kesehatan tulang karena mengandung mineral seperti kalsium, fosfor magnesium, dan seng.

9. Mendukung kehamilan
Ibu hamil membutuhkan nutrisi penting untuk menjaga kesehatan pertumbuhan janin. Brokoli mengandung semua nutrisi penting yang dibutuhkan oleh seorang wanita hamil seperti antioksidan, kalsium, protein, vitamin, pendetoks, fosfor dan besi.

10. Menjaga kadar gula darah
Brokoli mengandung mineral yang disebut kromium yang membantu dalam berfungsinya hormon insulin. Ini merupakan salah satu cara mengatur kadar gula darah.

11. Mencegah anemia

Anemia disebabkan karena kekurangan zat besi. Brokoli merupakan sumber zat besi yang baik, sehingga dapat digunakan sebagai obat yang efektif untuk anemia.

Sumber: Kompas.com
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Remaja Ini Tetap Hidup Walaupun Tertusuk Pedang Sepanjang 50 cm di Kepala

  SubhanAllah

Trajis ! seorang remaja dari Cina, Zhang Bin, 15 tahun,   tertusuk tembus pedang panjang di kepalanya ,namun takdir menyebelahinya. Beliau masih dapat diselamatkan.    Mulanya remaja ini mengajak teman-teman sekolahnya ke rumah, namun salah seorang  dari mereka membawa sebuah pedang besar dan tajam. Pedang yang berukuran 50 cm ini tidak diketahui bagaimana terjadinya, boleh tersasar  ke kepala Zhang.
Beruntungnya, remaja  tersebut terselamat meskipun doktor di rumah sakit   setempat sebelumnya tidak berani untuk mengoperasi. “Teman-temanku berdiri didepan dengan jarak antara 7-9 meter. Namun aku tidak tahu bagaimana pedang itu boleh terbang ke arahku dan menusuk kepalaku”, ucap Zhang.
Setelah rumah sakit setempat tidak berani untuk mencabut pedang dari kepala Zhang, akhirnya Ia dibawa ke sebuah rumah sakit di daerah Changsha dan langsung melakukan operasi mencabut  pedang di kepalanya.

Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Kehidupan Sehari hari Gangster Triad China

TRIAD adalah gangster yang cukup ditakuti di negara asalnya, China. Kehidupan sehari - hari gangster tersebut tak luput dari kekerasan, ubat - ubatan dan wanita. Berikut ini adalah segelintir gambar kehidupan sehari - hari gangster Triad yang layak anda semak.
















Read More..