Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan
Kamis, 13 Maret 2014
Mawi Tak Popular Tapi Bahagia
PETANG yang penuh syahdu, diusik samar cahaya dari belakang banglo milik Asmawi Ani, 31, majlis kenduri doa selamat dan tahlil ringkas buat puteri tercinta, Cahaya Malaika berlangsung lancar.
Puteri sulung milik pasangan Mawi dan isterinya, Nor’Asikin Rahmat atau Ekin itu kini sudah memasuki usia tiga bulan selepas selamat dilahirkan pada tanggal 28 Februari lalu.
“Majlis ini diadakan untuk tujuan akikah Cahaya memandangkan majlis cukur jambul, berzanji dan marhaban dibuat terlebih dulu sempena perkahwinan adik saya di Kulai, Johor, sebelum ini,” ujar Mawi ketika ditemui di kediamannya di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor kelmarin.
Ditanya mengenai signifikan tarikh yang dipilih untuk mengadakan kenduri berkenaan, ujar Mawi, tiada yang istimewa melainkan bagi tujuan memudahkan urusan memandangkan cuti hujung minggu.
“Tiada yang istimewa pun tarikh untuk kenduri kesyukuran hari ini (Ahad), tapi sebab cuti hujung minggu, jadi tetamu pun senang datang sebab ada kelapangan.
“Kebetulan pula keesokan hari iaitu (Isnin), umur Cahaya genap tiga bulan,” tambah Mawi.
Nama Cahaya Malaika dipilih sendiri oleh Mawi dan Ekin ketika dalam tempoh kehamilan yang membawa maksud Cahaya Permaisuriku.
Ujar lelaki yang namanya meledak selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) lebih lima tahun lalu itu, dia bahagia melihat perkembangan anak perempuannya membesar di depan mata dan teruja menantikan perubahan demi perubahan yang bakal dilalui Cahaya.
“Sekarang kalau ada cerita kartun di kaca televisyen, Cahaya akan diam dan tengok saja, buat masa sekarang pembesarannya sama seperti bayi lain,” luah Mawi berukir senyuman.
Mawi bagaimanapun tidak menolak sekiranya Cahaya mengikut jejak langkah kedua ibu bapanya sebagai orang seni, namun perlu disusun dan diatur kehidupannya dengan berhemat.
“Selagi baik untuk dia, kami sebagai ibu bapa sokong, tak kisah kalau dia suka untuk terlibat dalam bidang seni.
“Kalau dia mahu jadi artis, jadilah artis yang baik, kami ikut saja apa yang dia suka,” kata Mawi yang pernah berjauhan daripada Cahaya dalam tempoh empat hari ketika membuat persembahan di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
Tak popular
Raut wajah pelantun lagu Aduh Saleha itu berubah kala ditanya mengenai populariti. Dahinya berkerut.
Pernah suatu ketika juara AF3 itu meraih pelbagai anugerah dan dilimpahi rezeki tak putus-putus ketika namanya berada di puncak.
Namun kini, dia lebih akur akan perjalanan seninya yang semakin perlahan dan barangkali sudah tidak selaris dahulu.
“Saya masih menerima undangan untuk mengadakan persembahan, cuma tidak sebanyak selepas saya keluar daripada AF dulu. Sekurang-kurangnya empat atau lima kali dalam masa sebulan.
“Walaupun kadar bayaran sekarang tidak seperti ketika saya popular dahulu, tapi saya masih boleh menyara kehidupan keluarga saya. Tuduhan bahawa saya sudah muflis sebelum ini tidak benar sama sekali dan Insya-Allah saya masih boleh hidup dalam bidang seni,” tegasnya.
Malah, Mawi sudah membuat persediaan awal untuk menjamin kelangsungan hidupnya sebagai seorang penyanyi dan selebriti yang senantiasa menjadi bahan perhatian.
“Saya sudah bersedia dari awal-awal lagi, selain bidang nyanyian yang merupakan sumber periuk nasi, saya turut mencuba bidang penerbitan. Saya yakin bidang yang sedang saya usahakan ini berkekalan untuk jangka masa yang panjang,” getusnya penuh yakin.
Tambah Mawi lagi: “Selagi peminat mahukan saya menyanyi, saya akan terus menyanyi. Saya tidak akan berundur.”
Siapa Dapat Lisa
Sementara itu, Mawi dijadualkan keluar bersama single terbaharu berjudul Termolek ciptaan Datuk M.Nasir dan lirik oleh Ad Samad tidak lama lagi.
“Penggambaran klip video single itu akan dijalankan pada bulan Jun nanti bersama sebuah lagi single Siapa Dapat Lisa,” singkap Mawi.
Siapa Dapat Lisa juga akan diterbitkan sebagai sebuah telefilem sempena Hari Raya Aidilfitri pada 23 Ogos nanti dan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.
Telefilem terbitan syarikat milik Mawi sendiri, MW Entertainment Sdn. Bhd. itu akan dibintangi oleh anggota kumpulan Sepahtu (Shuib dan Jepp), Didie Alias serta Yasmin Hani.
Mawi juga dalam perancangan menerbitkan album kumpulan Sepahtu.
Dalam perkembangan lain, Mawi yang bekerjasama dengan Art Effect bakal merakamkan sebuah album Asma Ul-Husna yang dipecahkan kepada 10 buah lagu.
“Melodi nyanyian lagu kerohanian ini masih sama seperti yang kita dengar setiap hari cuma menariknya dipecahkan kepada beberapa track,” katanya yang dijadual memulakan projek itu bersama Hafiz Hamidun pada bulan Ramadhan nanti. – Kosmo
Jumat, 28 Februari 2014
Pakatan saman SPR mohon isytihar PRU tak sah
| Malaysiakini Jul 15 2013 |
Pakatan Rakyat hari ini memfailkan saman terhadap tujuh orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk timbalan dan pengerusinya bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu tidak sah.
Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, saman tersebut juga dilakukan berhubung dakwaan penipuan pelaksanaan dakwat kekal dalam pilihan raya umu yang lalu serta tindakan anggota SPR yang dilihat berat sebelah.
"Kami mahu kes mahkamah yang khusus untuk ketengahkan serta mendedahkan isu ini dan perkara yang paling utama ialah mendapatkan pengisytiharan daripada SPR bahawa mereka gagal untuk melaksanakan dasar perlembagaan, berniat jahat dan tidak jujur berhubung penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
"Jika mahkamah setuju dengan kita, maka kesimpulan yang logik yang akan kita perolehi ialah keputusan (pilihan raya umum) itu akan diketepikan.
"Kita mahu satu pengisytiharan bahawa semua 222 kerusi Parlimen yang diisytiharkan tidak sah," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, saman tersebut juga dilakukan berhubung dakwaan penipuan pelaksanaan dakwat kekal dalam pilihan raya umu yang lalu serta tindakan anggota SPR yang dilihat berat sebelah.
"Kami mahu kes mahkamah yang khusus untuk ketengahkan serta mendedahkan isu ini dan perkara yang paling utama ialah mendapatkan pengisytiharan daripada SPR bahawa mereka gagal untuk melaksanakan dasar perlembagaan, berniat jahat dan tidak jujur berhubung penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
"Jika mahkamah setuju dengan kita, maka kesimpulan yang logik yang akan kita perolehi ialah keputusan (pilihan raya umum) itu akan diketepikan.
"Kita mahu satu pengisytiharan bahawa semua 222 kerusi Parlimen yang diisytiharkan tidak sah," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Kamis, 19 Desember 2013
Tak Senonoh! Bermadu Kasih Di Pentas

KUALA PILAH – Sebuah pentas tersorok bersebelahan Dewan Datuk Bahaman Shamsudin, di sini, dijadikan ‘port’ pasangan remaja melakukan aktiviti kurang sopan.
Lokasi yang terletak berhampiran gelanggang bola keranjang itu didakwa penduduk sering menjadi tumpuan remaja melepak yang boleh mengundang gejala tidak sihat.
Malah, dalam kes terbaru, sepasang kasih tidak segan silu bermadu kasih sebelum sepasukan anggota polis tiba dan membuat pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, polis melakukan pemeriksaan berkenaan selepas menerima aduan orang ramai berhubung pasangan yang menjadikan pentas berkenaan untuk kegiatan tidak bermoral.
“Pasangan itu diperiksa dan diberikan nasihat sebelum anggota bertugas meminta mereka beredar dari tempat berkenaan,” katanya di sini, semalam.
Azmi berkata, berdasarkan aduan orang ramai itu, polis juga akan mengadakan operasi bersama Pejabat Agama Islam Kuala Pilah bagi memantau kawasan berkenaan.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan pentas berkenaan memang lokasi melepak golongan remaja.
Peniaga sebuah kedai runcit, Maisuri Abd Rashid, 45, tindakan remaja melakukan maksiat di kawasan itu perlu dibendung, lebih-lebih lagi ia bersebelahan dengan perumahan Taman Pilah Perdana.
“Saya harap selepas ini pihak berkenaan dapat membuat rondaan di kawasan ini bagi mengelakkan perkara sebegini berterusan,” katanya.
Bagi Mohd Qayyum Abdul Jalil, 23, pula berkata, pentas berkenaan sememangnya terlindung daripada rimbunan pokok dan agak sunyi memudahkan remaja melakukan maksiat.
Dalam pada itu, Pegawai Daerah Kuala Pilah, Zulkifli Baharan berkata, kawasan pentas berkenaan di bawah penguasaan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP).
“Bagi mengelakkan masalah ini, MDKP akan memasang lampu di kawasan itu di mana sebelum ini ia agak gelap.
“Selain itu, kami juga akan berbincang dengan pihak penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berhubung masalah tersebut,” katanya.
Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kuala Pilah/Jempol, Khalid Ujang pula meminta jabatan dan agensi kerajaan menganjurkan aktiviti berfaedah terutama untuk belia di sini supaya kawasan ini menjadi tumpuan ramai serta tidak lagi sunyi. – SYAIRAH ABDUL LAJIS/ Sinar Harian
Langganan:
Postingan (Atom)