Tampilkan postingan dengan label rakyat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rakyat. Tampilkan semua postingan

Kamis, 20 Februari 2014

Anwar Jawatan PM bukan isu yang penting rakyat

DR G MANIMARAN, SITI SALMI DRAHSIN dan NOOR AZURA SAHRIL
sinarharian

25 Januari 2013
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah nama besar dunia politik Malaysia, malah namanya terkenal di seluruh dunia. Dikenali 

Malah karier politiknya cerah apabila dalam tempoh yang singkat, Anwar diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Namun, pada 1998, segalanya berubah, Anwar dipecat dan kemudian mengetuai barisan pembangkang. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Pakatan Rakyat (PR) yang diketuainya berjaya memecah dominan dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat, malah Anwar terus mengorak langkah untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ikuti wawancara eksklusif bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan DR G MANIMARAN, SITI SALMI DRAHSIN dan NOOR AZURA SAHRIL dengan jurugambar SAFWAN MANSOR di pejabatnya kelmarin.
SINAR HARIAN: Selepas lima tahun PRU pada 2008, bagaimana perasaan Datuk Seri melihat suasana politik dan perkembangan dilalui Pakatan Rakyat?
ANWAR: Alhamdulillah, kerana tahap kesedaran rakyat itu meningkat walaupun iklim politik masih tidak terbuka dan demokratik, ruang media itu sangat terbatas tetapi wujud kesedaran sehingga membawa kepada kebangkitan rakyat. Itu pada saya sangat meyakinkan.
 
SINAR HARIAN: Pilihan raya semakin hampir, adakah  Datuk Seri berasa gementar untuk hadapi PRU13 kali ini?
ANWAR: Sudah lama kita tunggu jadi dah tiba waktunya, sudah tentu kita bekerja dengan suasana yang lebih tertekan dan juga  dalam beberapa aspek melelahkan. Tetapi PRU ruang berdamping secara langsung dengan rakyat dan memberikan kesempatan untuk mengungkap dasar dan menjelaskannya. Saya rasa itu suatu yang positif.
SINAR HARIAN:  Apakah perkara menggembirakan yang Datuk Seri rasakan sejak lima tahun lalu. Adakah gembira dengan pencapaian PR setakat ini?
ANWAR: Walaupun perjalanannya penuh dengan onak dan getir, peristiwa di Perak, tekanan di negeri-negeri yang diperintah, pendakwaan baru terhadap saya, tetapi saya syukur Alhamdulillah, itu tidak sedikitpun mengalihkan fokus kita yang utama untuk memenuhi agenda.
Tahun ini, kita nampak prestasi dengan negeri-negeri makin mantap, kerjasama dalam Pakatan dengan pelbagai serangan, jauh lebih kukuh dan muafakat dalam isu-isu besar. Saya lihat ini perkembangan yang menggalakkan termasuk tahap dan keupayaan kita menerobos ke rantau dan daerah baru yang dahulunya sukar diterima.
 selengkapnya
Read More..

Kamis, 06 Februari 2014

Blog chedet Rakyat Kelantan gila Taksub dengan Nik Aziz sanggup minum air basuh kaki mereka

Monday, 9 July 2012

 

Kami berpendapat sejak akhir-akhir ini, sudah kerap kali Tun Dr. Mahathir tampil di media menjadi pemerhati dan memberikan komen balas mengnai isu-isu semasa di Malaysia ketika ini dan tidak lupa menyampaikan beberapa panduan serta nasihat sebagai persediaan kepada parti Barisan Nasional secara keseluruhannya sebelum menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang mana tempoh matangnya semakin lama, semakin mengecil.
Termasuklah antara pemerhatian Tun Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Chedet beranggapan harapan parti yang pernah dipimpin selama tempoh 22 tahun lamanya iaitu parti Barisan Nasional untuk  memerintah negeri Kelantan hanya anggan semata tidak sama sekali boleh menjadi realiti disebabkan mentaliti rakyat kelantan sendiri…..
Rakyat Kelantan Chedet Blog  Chedet : Rakyat Kelantan Gila, Taksub Dengan Nik Aziz. Sanggup Minum Air  Basuh Kaki Mereka!!
Sumber Asal : Chedet
 
Menurut ulasan dan coretan Chedet di laman blognya memberikan beberapa ciri yang ada pada rakyat kelantan sehingga menyukarkan usaha parti Barisan Nasional untuk menembusi kubu PAS di Kelantan. Antara sebabnya ialah :
  1. Rakyat Kelantan terlalu taksub kepada pemimpin mereka ini (pemimpin PAS termasuklah Nik Aziz) diibaratkan seperti sanggup minum air basuh kaki pemimpin mereka
  2. Rakyat Kelantan sukar untuk mengakui kebenaran walhal Chedet merasakan yang mana rakyat Kelantan sedar keraguan yang timbul perbuatan pemimpin PAS

Nik Aziz Mahathir Blog Chedet :  Rakyat Kelantan Gila, Taksub Dengan Nik Aziz. Sanggup Minum Air Basuh  Kaki Mereka!!Di atas ini adalah pendapat Chedet terhadap rakyat Kelantan yang terus dinaungi oleh kerajaan PAS selama tempoh 22 tahun sejak tahun 1990.
Di sini, ada baiknya kami ingin terus bertanya pula kepada rakyat Kelantan amnya dan rakyat Malaysia umumnya tentang kebenaran disebalik kenyataan yang dilemparkan oleh Chedet. Adakah ia sebenarnya ada asasnya dan kebenrannnya atau ia hanyalah sekadar pemainan persepsi semata?
-Berita Semasa

Read More..

Minggu, 29 Desember 2013

Tangguh AES Kerajaan PR prihatin keluhan rakyat Tahniah PR

Harakahdaily

  01 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) yang telah bersetuju menangguhkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

“Walaupun AES ini dibuat bagi bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut, namun ianya seolah-olah ingin mencari keuntungan dengan merompak duit rakyat,” kata Ketua Penerangannya, Yusapiza Yaacob (gambar).

Bahkan, katanya kedudukan AES yang tidak munasabah dilihat bagaikan ingin mencari kesalahan pemanduan rakyat dengan apa cara sekalipun.

Menruutnya, DPPWP melihat penangguhan perlaksanaan AES sebagai satu pengajaran kepada pihak kerajaan Umno BN supaya berhenti dari menyembelih tengkuk rakyat demi memenuhi poket kroni-kroni.

“Apakah kerajaan ingin mendidik rakyat atau memeras ugut rakyat sendiri? Apakah kerajaan begitu terdesak kini untuk mendapatkan sumber pendapatan sehingga sanggup memecahkan tabungan rakyat sendiri?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Tambahnya, DPPWP juga bersetuju bahawa pemasangan AES seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.

Katanya, tindakan penangguhan tersebut juga dilihat bertepatan memandangkan begitu ramai rakyat yang teraniaya dengan saman AES.

Beliau berkata, ia juga membuktikan betapa kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat begitu prihatin dengan keluhan setiap rakyatnya yang kian dihimpit dengan pelbagai kos hidup yang kian mencengkam saban hari.

Justeru, ujarnya DPPWP mencabar kerajaan negeri Umno BN supaya turut menangguhkan perlaksanaan AES jika benar-benar prihatin terhadap permasalahan rakyat.

“Janganlah kerana AES ini projek kroni maka rakyat sanggup dikorbankan,” katanya
Read More..