Tampilkan postingan dengan label hasil. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hasil. Tampilkan semua postingan

Rabu, 13 Agustus 2014

Cara Memasukan Subtitle ke File Video Hasil Download

Pada kesempatan kali ini Saya akan menuliskan salah satu tips untuk memasukan subtitle/teks ke file video hasil download, mungkin Anda pernah mengalami ketika Anda download film atau file video dari internet dan setelah selesai kemudian di putar ternyata tidak ada subtitle/teks nya, nah dalam tips kali ini akan Saya paparkan bagaimana cara memasukan subtitle/teks ke dalam film atau file video yang belum memiiki subtitle tentunya dengan menggunakan software, salah satu software yang akan Saya gunakan kali ini adalah mkvtoolnix silahkan Anda download disini, dan untuk mendapatkan subtitle nya siahkan anda kunjungi dan download di http://subscene.com atau klik disini (pastikan file subtitle nya berextensi .srt). Silahkan langsung disimak saja tutorial software mkvtoolnix nya di bawah ini....



Cara Installasi Software mkvtoolnix :

  • Silahkan Anda download dulu softwarenya disini  
  • Kemudian setelah selesai di download silahkan Anda extract filenya dan double klik file hasil extraknya, untuk lebih jelasnya silahkan Anda lihat gambar di bawah ini :











Cara menggunakannya, Anda tinggal klik “Add” di “Input Files” dan masukin semua file film dan file subtitlenya (.srt), kemudian  yang perlu diperhatikan adalah parameter-parameter berikut :
  • Language : Silahkan ganti sesuai dengan bahasa Subtitlenya (Panah Merah)
  • Default Track Flag  : Bisa gunakan Default atau ganti dengan opsi Yes
  • Output Filename : Tentukan dimana hasil muxing akan di simpan ( Panah Hitam)

Setelah semua siap tinggal klik saja “Start MUXING” ( Panah Biru), dan hasil muxing Anda akan berformat .mkv, namun jika Anda menginginkan format ekstensi yang lain Anda bisa gunakan aplikasi lain untuk meng convert file tersebuat menggunakan AVIDEMUX(GTK+).

Selamat mencoba!!!....
Read More..

Senin, 10 Februari 2014

SPRM buka 15 kertas siasatan hasil pendedahan Ketua Audit Negara kata Pengarah Siasatan

OLEH MOHD FARHAN DARWIS October 06, 2013
Sejumlah 15 kertas siasatan telah pun dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran pendedahan yang dibuat oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang diedarkan di Parlimen minggu lalu, kata Pengarah Siasatannya, Datuk Mustafar Ali.

Mustafar dalam kenyataannya berkata siasatan telah pun dijalankan di bawah Akta SPRM 2009, dan pihaknya juga telah mengadakan perbincangan  dengan Jabatan Audit Negara bagi mendapatkan maklumat yang boleh membantu penyiasatan dan lain-lain tindakan sewajarnya.
"SPRM juga telah menubuhkan Pasukan Khas bersama dengan Jabatan Audit Negara bagi mengambil tindakan susulan.

 "SPRM yang menerajui Pasukan Khas ini akan membentangkan tinjauan penemuan, pelan tindakan dan cadangan bagi mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang didapati melakukan salah laku rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pemalsuan," katanya dalam kenyataan yang diedar kepada media hari ini.

Selain memandang serius pendedahan laporan audit berkenaan, SPRM jelas Mustafar akan mengambil tindakan tegas sewajarnya termasuk mengesyorkan tindakan disiplin kepada agensi-agensi berkaitan.
"Justeru, sekiranya ada-ada unsur rasuah, salah guna kuasa dan pelanggaran Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Arahan Perbendaharaan, SPRM akan mengambil tindakan," katanya.
"Bagi Laporan Ketua Audit Negara 2011, sebanyak dua kes telah dibawa ke mahkamah manakala lima orang pegawai kerajaan telah dikenakan tindakan tatatertib," katanya.

Pada masa yang sama, tinjauan tindakan bersama SPRM dengan lain-lain agensi kerajaan, Mustafar berkata, tindakan penambahbaikan sistem dan prosedur serta tatatcara kerja bagi mengurangkan risiko, ruang dan peluang gejala rasuah juga telah diambil.

Pihaknya turut memuji langkah proaktif Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, menubuhkan jawatankuasa khas untuk meneliti perkara itu bagi mengelakkan kes sama berulang dalam laporan audit akan datang.
"Pada masa sama, tindakan paling tegas perlu diambil terhadap mereka yang cuai dan gagal mematuhi peraturan dan undang-undang, dan lebih-lebih lagi terhadap mereka yang terlibat dalam gejala rasuah," katanya.

Pembangkang telah membangkitkan beberapa kes ekoran pendedahan laporan Ketua Audit Negara, antaranya adalah kehilangan aset polis bernilai RM1.33 juta, kos membawa penyanyi K-Pop semasa Sambutan Hari Belia Kebangsaan, dan juga penggunaan tanpa had 106 kad kredit American Express untuk kegunaan Pengarah dan Pegawai Eksekutif Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).The Malaysian Insider

Read More..