Selasa, 11 Maret 2014

Tentera Inggeris Dipenjara Seumur Hidup kerana Bunuh Anggota Taliban yang cedera

7 Dis 2013
 
Ilustrasi (AFP)
England - Seorang tentera marine Inggeris yang telah mengabdi selama 15 tahun di Royal British Marine dipenjara seumur hidup kerana melanggar perjanjian Jeneva. Dia terbukti telah mengeksekusi seorang anggota taliban yang cedera parah ketika bertugas di Helmand, Afganistan, pada tahun 2011.

Tentera bernama Alexander Blackman (39) itu terbukti telah membunuh anggota taliban yang sekarat dengan cara eksekusi dan terakam secara tak sengaja melalui kamera di helmet rakannya. Mahkamah Tentera Bulford,  menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup, seperti yang dilansir news.com.au, Jumaat (6/12/2013).

Dari rakaman kamera yang ada di helmet rakannya, terlihat lelaki yang berpangkat sarjan  menemui seorang anggota talibanyang cedera . Alexander kemudian menarik lelaki itu ke sebuah pohon dan mengucapkan kata-kata dari Shakespare.

"Lihatlah anda, menghindari ikatan yang fana ini, tidak ada yang tidak mungkin anda lakukan kepada kami," ujar Alexander sebelum membunuh anggota taliban yang nazakitu.

Kemudian Alexander mendekat dan mengarahkan senjatanya ke arah anggota taliban itu. Senjata pun meletus, Alexander mengamati dari dekat bagaimana lelaki itu mati   dengan kejang-kejang.

"Ini jangan ke mana-mana. Aku baru saja melanggar konvension Jeneva," ujar Alexander.

Dalam perbicaraan sesaat sebelum diputuskan majlis hakim, Alexander membela diri bahawa dia tak mengetahui lelaki tersebut masih hidup. Ia juga menyatakan dia merasa tidak bangga telah membunuh seorang lelaki yang sedang nazak.

"Aku fikir dia telah mati," ujar Alexander

  detikNews

Tidak ada komentar:

Posting Komentar