Minggu, 09 Februari 2014
Dayang Nurfaizah Guna Suntikan Botox

“Saya sudah memakai pendakap gigi kira-kira setahun setengah. Mungkin sebab itu wajah saya nampak sedikit berbeza daripada dahulu. Bukan kerana suntikan botox atau sebaliknya. Saya ini bukannya seorang individu yang melakukan rawatan kecantikan wajah secara rutin. Hendak buat facial pun jarang sekali. Saya hanya amalkan penjagaan kulit asas sahaja.
Orang tidak perasan saya pakai pendakap gigi selama ini kerana saya menggunakan invisalign braces, sejenis pendakap gigi lutsinar tanpa besi. Ini adalah kaedah rawatan gigi paling baru. Saya memang sudah lama teringin pakai pendakap gigi, tetapi tidak suka dengan pendakap besi yang sering menjadi pilihan ramai. Lagipun, invisalign braces ini pemakaiannya lebih mudah kerana boleh dibuka jika saya mahu makan,” ujar Dayang yang ditemui di majlis minum petang sempena pelancaran album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas di Life Centre pada Rabu.

“Saya percaya kepada kecantikan semulajadi. Saya lebih selesa mengekalkan warna kulit asal biarpun gelap. Saya tidak percaya dengan rawatan pemutihan kulit kerana bimbang ia boleh mendatangkan kesan buruk. Mana tau, silap-silap kulit kita boleh rosak. Bagi saya, yang paling penting adalah penjagaaan asas kulit wajah. Untuk elakkan kulit wajah daripada nampak kusam dan berjerawat, pastikan ia dibersihkan dengan baik setiap kali hendak masuk tidur,” ujar Dayang.
Dalam masa yang sama, Beyonce Malaysia ini menegaskan dia tidak memperkecilkan individu yang melakukan rawatan memutihkan kulit. Ini kerana dia percaya setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk tampil cantik dan menawan.
“Sebenarnya terpulang kepada individu untuk melakukan mana-mana rawatan kecantikan yang dirasakan sesuai untuk dirinya. Saya tidak berniat untuk memperkecilkan mereka. Namun, adalah lebih baik jika kita berhati-hati dalam melakukan sebarang rawatan kecantikan kerana bimbang ia boleh mendatangkan kemudaratan,”
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar